Bersujud

Biar habis
terlerai
persefahaman kita
tentang persengketaan
manusia
dan dalamnya
pernafasan
ritual nadi
bersemadi
sedekat tarikan panjang
Dia berkemudi
darah
dan sembilanpuluh sembilan
nama-Nya
mengalir
di setiap sudut
bersujudlah kita

ashraf ishak
2:28 Petang
1Hb April 09'
Subang Jaya

Tiada ulasan: