Pendiam

Aku letih
dengan kegagalan
kehidupan
aku mahukan
cinta agung
yang pertama
ku pegang
biar tak renggang
aku
dengan pengalaman
aku ingin
satu
dengan Tuhan
dengan tubuh
bersih
dan hati tenteram
aku inginkan
teman
serapat alam
agar musnah
marah
dendam
tapi semua ini
bukan tentang
aku
kerana aku
yang engkau
kenal
yang engkau
tahu
hanya pendiam

ashraf ishak
5:17 Petang
23 Mac 09'
Kuala Lumpur

Tiada ulasan: