Naif

Andai kata
yang terpahat
di hati itu
benar
sudikah kau
mengambil masa
mengenali diriku
walaupun
sedu-sedan
dan segan
perlahan
ku jadikan teman
sepi itu
sudah lama
kunanti
biar lewat malam
firasatku
menyatu aduk
bercampur
dan segala
naif
tentang engkau
hancur

ashraf ishak
8:29 Pagi
3Hb Mac 09'
Kuala Lumpur

2 ulasan:

MaNuSiA_RuMiT berkata...

kenapa sepi yang di nanti?

ashraf ishak berkata...

"Sepi itu sudah lama ku nanti" bermaksud sesuatu yang belum dijumpai penulis, dari erti kata lain sepi itu adalah sesuatu yang "opposite" atau bertentangan dengan maksud sebenar sepi tersebut.

Bukan sesuatu yang ditunggu, tetapi memang tak pernah wujud.