Buat penulis serba hebat

Belum puas
lunas
ideologi pertuturan
sudah kau
berikan komentar
yang kau lontar
itu tak cukup
bernas
untuk diperbahas
jadi
salahkan mereka
kerana terlalu
bijaksana
lebih pandai
kerana berlainan
kau...
kau hanya nama
(isikan nama di sini)
siapa sahaja kau
yang aku rasa
lebih sesuai
mungkin saja
kau juga berkata-kata
tentang aku
(aku tidak tahu kan?)
tapi jangan kau
marah
kerana menoleh
persepsi tentang
engkau sendiri

ashraf ishak
6:24 Pagi
22HB Februari 09'
Rumah